Friday, August 28, 2009

Lawatan Kerja dari Kementerian Perlancongan

LAWATAN KERJA (24hb. Julai 2008)
Pegawai dan Pengarah Kementerian Perlancongan Malaysia

Ketibaan Pegawai dari Kementerian Perlancongan disambut meriah dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh penduduk Kampung Desa Permai.

Walaupun dalam cuaca panas pada petang itu, namun mereka masih mampu tersenyum girang terhadap
sambutan baik yang telah diberikan oleh penduduk setempat.

Sessi taklimat pengenalan program Homestay turut di berikan kepada warga Desa Permai yang berminat dan ingin turut serta bersama terlibat di dalam menjayakan Perniagaan Perlancongan Desa yang lebih di kenali sebagai Homestay.


~
Melawat kolam pancing ikan air tawar seperti
ikan sepat, puyu dan keli. Selain itu juga dapat menikmati suasana desa seperti melihat sawah padi yang menghijau terbentang luas dan pohon kelapa yang melambai-lambai.

Angin sawah yang bertiup lembut pada petang itu memberikan ketenangan dan kedamaian terutamanya kepada mereka yang cintakan suasana desa yang permai.



Para pegawai tdak melepaskan peluang untuk turut bersama mengasahkan bakat mereka di dalam aktiviti mencanting batik.

Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan karya batik yang menarik.

Hasil karya batik yang menarik boleh dibawa pulang untuk dijadikan cenderahati dan sebagai kenang-kenangan.


~
Pada sebelah malam diadakan kenduri kampung (bacaan doa selamat). Para tetamu yang hadir disajikan dengan Nasi Ambeng.

Nasi Ambeng adalah warisan traditional yang dihidangkan pada 1 talam dan dikongsi bersama 4 orang untuk dimakan bersama ataupun dibungkus dijadikan berkat untuk dibawa balik.





Selepas menjamu selera bersama orang kampung, mereka dihiburkan dengan persembahan tradisi dan budaya antaranya ialah pencak silat, kuda kepang dan zapin.



Merakamkan gambar bersama di penghujung majlis sebelum masuk tidur setelah penat mengikuti program selama sehari di Villa Permai Homestay

Blog Widget by LinkWithin